Lapan Adik-Beradik

Lapan adik-beradik tinggal sebumbung Satu bersifat tersurat,
satu tersirat lima adik-beradik berniaga di halaman rumah Abang Bongsu mengawasi segalanya

Lapan adik-beradik tinggal sebumbung Satu bersifat tersurat, satu tersirat lima adik-beradik berniaga di halaman rumah Abang Bongsu mengawasi segalanya

Siapakah mereka?

“Lapan adik-beradik tinggal sebumbung” Kesemua mereka bergabung menjadi seorang insan.

agak pelik, kan?

“Tinggal sebumbung” bermaksud mereka tinggal di satu rumah yang sama. Bolehkan anda meneka apakah “rumah” itu?

Betul. Ia adalah badan anda!

Lapan “adik-beradik” merujuk kepada bahagian yang berlainan daripada apa yang dipanggil “Minda Teragung” Minda anda adalah jauh lebih hebat dan rumit daripada apa yang anda sangka. Ini sebabnya kita namakannya “Minda Teragung” Setiap orang bergantung kepada lapan jenis minda untuk menjalani hidup yang biasa.

Setiap orang bergantung kepada lapan jenis kesedaran untuk menjalani kehidupan normal. Oleh itu, Minda Teragung boleh dibahagi kepada lapan bahagian, lapan adik-beradik.

Lapan jenis kesedaran bekerjasama sepanjang masa, seperti pasukan tarian yang berpengalaman,

bekerja mengikut skop kerja dan peranan masing-masing, Marilah kita meneroka dan mengenali siapakah mereka!

Adik-beradik sulung hingga kelima “berniaga di halaman rumah” bermaksud Kesedaran penglihatan,

Kesedaran pendengaran,

Kesedaran penciuman,

Kesedaran pengecapan

dan Kesedaran perabaan

Ini adalah lima sensasi indera kita,

Penglihatan, pendengaran, penciuman, pengecapan dan perabaan. Ketika kita bangun, indera-indera ini berinteraksi dengan dunia eksternal, sesibuk lebah, dan sentiasa memberi informasi berkenaan dunia persekitaran kepada kita Kesedaran penglihatan Kesedaran pendengaran Kesedaran penciuman Kesedaran pengecapan Kesedaran perabaan

Yang memahami dan menganalisis segala informasi yang dibekalkan oleh kelima-lima adik-beradik tersebut adalah adik Keenam, Kesedaran Pikiran Dia selalu mengamati secara saksama, menilai dan mempertimbangkan setiap perkara yang dilakukan oleh kelima-lima abang dia, seumpama seorang pengurus yang peka. Dialah apa yang kita anggap sebagai minda kita.

Setiap hari, Kesedaran Pikiran memberitahu kita bahawa, dia adalah benar dan punca diri kita.

Namun, sekiranya dia adalah punca diri kita yang betul-betul menguasa dan mangawal diri kita, kenapa dia membenarkan diri kita mengalami penderitaan daripada kelahiran semula, keuzuran, penuan dan kematian secara berulang kali tanpa berhenti sepanjang kita menjalani satu demi satu kehidupan kita?

Bukankah dia dapat berhentikan segala ini dan membebaskan diri daripada kesemua kesusahan dan penderitaan tersebut. Akan tetapi, dia tidak dapat membuat demikian.

Kesedaran Pikiran selalu berubah-ubah; kegemaran dan ketidakgemaran dia boleh berubah dalam masa yang singkat.

Dia senang merasa bosan dan ingin kekal terhibur. Kesedaran Pikiran berhenti dalam tidur yang tanpa mimpi. Justeru itu, jelas sekali dia bukan sesuatu yang kekal abadi dan tidak terhancur.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Kesedaran Pikiran akan mengekal ke kehidupan yang kelak. Mereka silap menganggap bahawa dia adalah kepribadian sebenar dan mereka mempercayai kepribadian yang berkemampuan mengenal diri ini akan kekal selamanya. Namun dia tidak!

Dua adik-beradik yang terakhir beroperasi di belakang takbir tanpa kita sedari

Antaranya, Adik Ketujuh, yang dinamakan sebagai “Manas” atau “Kesedaran Ketujuh”. Dia sangat cergas dan responsif. Seakan-akan seorang Ketua Pelayan Besar yang cekap, dia menguruskan segala urusan rumah tangga dan membuat keputusan apabila perlu, sementara itu dia kekal tidak terkelihatan.

Seorang lagi adik yang tidak kerterlihatan adalah “Adik Kelapan” yang merupakan Intipati-Buddha. Panggilan rasmi dia adalah “Tathāgatagarbha”. (Cuba anda sebut nama ini!)

Kadang-kala, dia dipanggil sebagai “Kesedaran Kelapan” atau “Kesedaran Asas”.

Adik Kelapan bersifat tersirat dan seolah-olahnya dia tidak responsif. Tetapi dia sangat penting. Kita akan berbicara tentang dia sebentar lagi.

Setiap hari, Manas (Adik Ketujuh) bertanggungjawab untuk menentukan masa untuk menutup kedai dan menyuruh adik-beradik sulung hingga kelima untuk “berhenti berniaga” agar kita boleh berehat dan tidur. Walau bagaimanapun, Adik Ketujuh dan Kelapan tidak berehat selepas kita tertidur. Malah, mereka berdua tidak pernah berehat mahupun SEKETIKA!

Memandangkan dia terjaga sepanjang masa, Manas adalah adik-beradik yang membuat keputusan muktamad bagi setiap perkara yang kita buat. Contohnya, semasa seseorang itu tertidur, Sekiranya Manas mengesan sebarang perubahan yang ketara di persekitarannya, dia akan membangunkan Adik Keenam (Kesedaran Pikiran) dengan serta-merta bagi mengenalpasti apa yang telah berlaku.

Seperti Adik Keenam, dia juga mempercayai bahawa dia adalah kepribadian sebenar kita.

Namun begitu, di kalangan lapan adik-beradik ini, hanya Adik Kelapan, yang digelar sebagai Intipati-Buddha atau Tathāgatagarbha, dapat berhidup selamanya dan tidak terpengaruh oleh penuaan, kematian atau sebarang penderitaan yang lain. Seumpama nafas kita, Intipati-Buddha ini tidak mempunyai bentuk dan tidak kertelihatan, tetapi ia merupakan punca asas kewujudan kita.

Meskipun Manas bukan kepribadiaan sebenar seseorang individu, dia melakukan sesuatu tugas yang sangat penting. Semasa tubuh badan seseorang individu tidak lagi berfungsi dan tidak digunapakai, Manas akan membuat keputusan untuk berpindah ke tubuh badan yang lain.

Memandangkan Manas mempercayai bahawa Intipati-Buddha merupakan salah satu bahagian diri-sendiri dia, dia mengheret Intipati-Buddha bersama dengan dia melalui banyak kehidupan, dari satu jasad ke jasad yang lain.

Semasa Manas mengheret Intipati-Buddha bersama dengan dia melalui kitaran kelahiran semula yang tanpa kesudahan, kelima-lima adik beradik pertama - lima sensasi indera kita- tidak dapat mengikuti mereka.

Seperti apa yang kita ketahui, seseorang yang mati tidak lagi mempunyai perasaan dan persepsi, ini adalah bermaksud Kesedaran Pikiran kita (Adik Keenam) akan tertamat dan berkesudahan semasa kematian kehidupan kita, dan Kesedaran Pikiran yang lama ini tidak akan dibawa ke kehidupan yang kelak.

Semasa kita hidup, Intipati-Buddha merekodkan setiap perkara yang kita lakukan di dalam setiap kehidupan kita, seumpama kotak hitam sesebuah pesawat menyimpan semua maklumat transmisinya.

Dengan mengaplikasikan hukum sebab dan akibat - atau dikenali sebagai karma – ke atas perlakuan kita, Intipati- Buddha membolehkan penciptaan satu jasad baru bagi seekor haiwan, manusia, malaikat atau apa-apa bentuk jasad yang kita berkelayakan berdasarkan apa yang telah dilakukan di dalam kehidupan-kehidupan kita yang sebelum ini.

Jelas sekali bahawa “rekod” yang mengandungi dalam Intipati-Buddha setiap insan adalah unik kerana tiada dua orang insan yang melakukan semua perkara yang sebulat-bulat atau mengharungi semua pengalaman yang sama dalam kehidupan mereka.

Meskipun pasangan kembar yang mempunyai persamaan yang banyak, mereka juga tidak akan memiliki kepribadiaan, hobi, kemampuan, dan penampilan yang sama sekali.

Ini juga sebab nya kenapa terdapat sesetengah insan yang menonjolkan keistimewaan atau keberbakatan mereka sejak semasa mereka muda. Penyair Cina yang terkenal, Li Bai, berkemahiran dalam mencipta puisi yang cemerlang seawal-awal pada umur sepuluh tahun. Komposer cemerlang Eropah Beethoven mengadakan konsert di Köln, Jerman pada semasa umur lapan tahun.

Mereka menonjolkan bakat-bakat keberbakatan- keberbakatan tersebut kerana benih keberbakatan telah disimpankan dalam Intipati-Buddha mereka masing-masing berdasarkan perlakuan yang dibuat oleh mereka masing-masing dalam kehidupan-kehidupan yang sebelum ini. Ini adalah contoh-contoh perkara yang baik datang daripada kehidupan lampau. Setiap makhluk hidup yang berkesedaran – manusia, haiwan, burung, serangga dan sebagainya-dicipta oleh Intipati-Buddha mereka masing-masing. Mahupun semua benda di dalam dunia fizikal ini – galaksi, planet, gunung, sungai – adalah dicipta sesama oleh semua Intipati-Buddha makhluk- hidup yang berkesedaran dan berhubung-kait secara karma antara satu sama lain.

Sesungguhnya, Intipati-Buddha yang tidak kerterlihatan ini umpama seorang ahli sihir yang paling menakjubkan. Dia adalah diri dan kepribadian kita yang sebenar. Intipati-Buddha sendiri tidak akan terpengaruhi dan diubah oleh simpanan rekod karma dia, dari kehidupan lampau ke kehidupan kelak.

Bagaikan sebiji cawan dapat memegang pelbagai jenis miniman, cawan itu tidak berubah walaupun jenis kandungannya berubah. Buddha merupakan seseorang yang Maha Mengetahui segala ilmu pengetahuan yang dikandungi dalam Intipati-Buddha beliau. Beliau juga merupakan insan yang telah menyempurnakan segala merit dan sifat murni, serta memperolehi keupayaan untuk menggunakan segala ciri-ciri dan unsur-unsur yang ditawarkan oleh Intipati-Buddha. Tetapi, Intipati-Buddha tidak mempunyai bentuk, Bagaimanakah kita mencarinya?

Bagaikan mata kita yang tidak dapat melihat mikroorganisma kerana saiznya yang sangat kecil; atau mata kita yang tidak dapat melihat galaksi yang jauh kerana saiznya yang terlampau besar. Kita perlukan peralatan seperti mikroskop dan teleskop untuk mengesannya. Begitu juga dengan kelihatan dan pencarian Intipati-Buddha, kita perlukan peralatan yang khas, iaitu “mata batin”

Bagaimanakah kita dapat membuka dan mengunakan mata batin kita? Dalam setiap hari kehidupan kita, kita sepatutnya membuat kebaikan dan saling hormat-menghormati, bertolak-ansur serta membelas kasihan terhadap orang lain, menghormati Tiga Permata (Tiratana) dan menerima pengajaran Buddha dengan iman. Jika anda dapat melakukan kesemuanya dengan konsisten, Mata batin anda akan tersedar tidak lama lagi, Dengan mempraktikan Dharma Buddha dengan tekun dan gigih, Mata batin anda akan dibuka semasa semua syarat tercapai. Anda akan dapat “melihat” Intipati-Buddha anda, “ahli sihir” yang tidak keterlihatan sebelum ini.

Mungkin anda akan tertanya-tanya: Kenapa kita perlu menampak “ahli sihir yang tidak keterlihatan” ini? Bukan sudah cukup bagus jika anda menjadi insan yang baik?

Menjadi insan yang baik sememangnya perkara yang betul dan perlu dilakukan. Namun, mahupun seorang insan yang baik, beliau masih mempunyai pelbagai rekod-rekod disimpan dalam Intipati-Buddha beliau daripada kehidupan-kehidupan lampau sebelum ini. Rekod-rekod perlakuan dalam Intipati-Buddha ini akan memyebabkan kelahiran semula, kehidupan dan kematian yang tanpa kesudahan. Karma anda adalah rekod-rekod itu. Membayangkan anda tersangkut dalam roda Ferris yang tidak terkawal dan tidak terhenti-henti, Ia membawa anda melalui pelbagai persekitaran.

Lebih mudah untuk anda menjadi seorang yang baik dalam satu kehidupan, Tetapi mungkinkah anda kekal mengamalkan tingkah-laku yang baik sepanjang berjuta-juta kehidupan yang mempunyai situasi-situasi yang berlainan? Sesungguhnya bergaul dengan teman yang buruk mahupun tersilap melakukan sesuatu kesalahan, cukup untuk membawa kesan yang menderita pada kita bagi masa yang sangat panjang. Dalam keadaan ini, masihkah dkira mudah untuk menjadi insan yang baik?

Apakah yang menyebabkan kelahiran semula roda Ferris ini tidak terkawal dan tidak terhenti-henti adalah kepercayaan serta pemahaman yang disalah ertikan oleh Kesedaran Pikiran dan Manas bahawa mereka adalah kepribadian anda yang sebenar dan abadi. Mereka menganggap bahawa menjadi seorang insan yang baik cukup untuk berhentikan kuasa karma yang menyebabkan roda Ferris kehidupan semula untuk berputar.

Sebaliknya, kita perlu mencari Intipati-Buddha, kerana ianya adalah satu-satunya entiti minda yang abadi dan tidak berubah sepanjang masa. Dengan mempelajari Dharma Buddha yang betul, kita dapat mengubah kuasa karma yang disimpan dalam Intipati-Buddha dengan membetulkan dan membersihkan Manas daripada kesan perbuatan jahat yang telah kita lakukan selama ini.

Sebaik sahaja kita mula mengubah kuasa karma yang baik mahupun buruk dengan berdasarkan praktik yang murni dan pemikiran yang cerah, roda Ferris tersebut akan mula berfungsi dengan betul dan mula menjadi terkawal di bawah kawalan kita.

Semasa ia terkawal, barulah kita boleh mengerak ke arah menjadi seorang Buddha. Setiap orang berpotensi menjadi seorang Buddha. Secara tepatnya, Setiap makhluk hidup yang berkesedaran boleh menjadi Buddha. Oleh itu, kita adalah sama dan setara dari segi prospek dan berpeluang untuk menjadi Buddha. Semasa kita menjadi seorang Buddha, -seperti Buddha Shakyamuni, Buddha Amitabha atau Buddha-Buddha yang lain-, Kita akan memperolehi segala pengetahuan dan menjadi Yang Maha Mengetahui.

Sebagai seorang Buddha, kita akan memperolehi kebolehan untuk memilih kelahiran semula di mana-mana tempat sahaja, dan boleh memilih menjadi apa jua jenis makhluk hidup yang berkesedaran supaya kita boleh mengajar orang di mana-mana tempat, tentang ilmu pengetahuan pembebasan daripada kitaran kelahiran semula yang tidak terkawal

Buddha adalah Yang Maha Mengetahui, Beliau mengetahui segala perkara, berkenaan alam semesta dan planet yang kita huni, serta segala perbuatan yang kita lakukan sepanjang kehidupan yang kita alami tidak yang terkira. Sebagaimana yang kita tahu, setiap perbuatan yang kita lakukan akan direkod di dalam Intipati-Buddha dan Buddha mempunyai keupayaan mengakses rekod maklumat yang disimpan dalam Intipati-Buddha, seumpama anda dapat mengakses dan mencari maklumat dalam komputer anda.

Untuk menjadi seorang Buddha, Anda haruslah menyempurnakan merit dan pengetahuan, di samping membantu ramai makhluk hidup yang lain dalam perjalanan mereka ke arah pencapaian tahap Buddha.

Jika anda mengamal Dharma Buddha dan mempelajari serta merealisasi ilmu pengetahuan mengenai Lapan Kesedaran dalam setiap kehidupan anda, anda akan mengurangkan tabiat negatif anda secara berperingkat. Tabiat negatif seperti ketamakan, keegoan, kesombongan dan kebencian akan digantikan dengan benih tabiat murni dan baik. Selagi anda terus mengamalkan Dharma Buddha dan mengikuti perjalanan mulia Bodhisattva, akhirnya anda akan menjadi seorang Buddha.

Semasa anda menjadi seorang Buddha, Anda akan dapat membantu dan memanfaatkan orang yang tidak terbilang jumlahnya dan membantu mereka bebas daripada penderitaan yang disebabkan oleh kelahiran semula, penuaan, keuzuran dan kematian.

Di samping itu, anda akan mengajar mereka ilmu pengetahuan yang tidak terhingga yang dapat membawa mereka menuju ke kebebasan dan kebahagiaan yang muktamad. Adakah anda ingin mencapai kebebsan dan kebahagiaan yang sebegini pada masa kelak?

Sekiranya anda teringin menjadi seorang Buddha, Anda haruslah berikrar untuk melakukan perkara berikut setiap hari:

Semoga saya memperolehi merit dan ilmu pengetahuan Maha Mengetahui Buddha yang tak agar saya dapat membantu membebaskan semua makhluk hidup yang berkesedaran daripada kitaran kelahiran semula yang tidak terhenti. Untuk mencapai tujuan ini, saya berikrar dengan seikhlas hati saya untuk mengamalkan Dharma Buddha dan mempelajari semua yang berkaitan dengan Intipati-Buddha.